Kerjaya sebagai ahli politik Zakaria_Md_Deros

Allahyarham mula berkecimpung dalam politik UMNO sejak tahun 1967 dan pertama kali dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Selat Klang[ ialah pada tahun 1999 menggantikan Datuk Seri Onn Ismail.

Allahyarham yang terkenal dengan suaranya yang lantang mula bergerak aktif sejak tahun 1974 dengan memegang jawatan sebagai naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Pelabuhan Klang sehingga 1975.

Pada tahun 1976, Allahyarham menjadi Ketua Pemuda UMNO cawangan sehingga 1985. Di peringkat UMNO Bahagian Allahyarham merupakan naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pelabuhan Klang merangkap Ahli Jawatankuasa Bahagian dari tahun 1983 hingga 1985.

Selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya, Allahyarham bertanding kerusi Ketua UMNO Bahagian pada tahun 1985 dan jawatan yang dimenangi itu disandang sehingga tahun 1987.

Pada tahun 1987 juga Allahyarham berjaya mempertahankan jawatannya dengan mengalahkan dua pencabar dan jawatan berkenaan terus disandang sehinggalah UMNO diharamkan pada tahun 1988.

Pada tahun 1989, Allahyarham telah menang tanpa bertanding sebagai Ketua UMNO bahagian Klang sehinggalah pada tahun 1998, beliau masih mempertahankan jawatan berkenaan dengan kelebihan 71 undi menewaskan Datuk Adnan Zakaria setelah pemilihan dibuat dua kali.

Jawatan lain yang turut disandang ialah Ahli Majlis MPK dari tahun 1982 hingga 2007, Pengerusi Seni Silat Lintau, Penasihat Persatuan Kompang Bahagian Klang, Ahli Jawatankuasa (AJK) Gerakan Belia 4B Daerah Klang dan AJK Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan Selangor.